Aku duduk sendirian dikamarku,
menangis kesepian kernamu,
kau tinggalkan aku,
kau cari yg lain,
tergamakmu merobek hatiku.
Tapi setelah kau pegi aku
mendapat lebih baik darimu,
dia hargai aku,
dia sayangi aku
lebih daripadamu,
aku ingin kau tahu betapa ku gembira,
tidak lagi bersamamu,
namun pastinyar nanti kau akan sedari,
yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku….
Tuesday, October 13, 2009
putus by melda ahmad..
beraya umah maya..
i love my gewdix.
Tuesday, October 6, 2009
kehilangan seorang lagi sahabat..
Ahli keluarga Allahyarham Mohd Ruzaini menyiram air mawar di pusaranya di Tanah Perkuburan Surau Tambak, Kampung Pulau.
Anak harapan pesara polis mati ketika bantu mangsa kemalangan
MASJID TANAH: Niat seorang anggota polis, Konstabel Mohd Ruzainii Abd Rahim untuk menyambung tradisi keluarga berkhidmat dalam pasukan keselamatan hanya bertahan dua tahun sebelum ia berakhir dengan tragedi apabila beliau maut, dipercayai dilanggar kereta dalam kemalangan di Lebuhraya Puchong, kira-kira jam 11.30 malam tadi.
Allahyarham yang berusia 24 tahun berasal dari Kampung Pulau, di sini, dikatakan menjadi anak harapan kepada pesara polis, Abd Rahim Ishak, 56.
Bapa saudara mangsa, Mustapa Aman berkata, anak saudaranya yang masih bujang itu menjadi harapan keluarga untuk mewarisi tradisi sebagai anggota polis daripada bapa dan datuknya.
Katanya, ketika kejadian, Allahyarham yang menaiki motosikal menuju ke Balai Polis Bukit Puchong yang mengambil masa kira-kira 10 minit dari kediamannya sebelum memulakan tugas pada jam 12 malam.
"Mohd Rozaidi dikatakan terserempak dengan satu kejadian kemalangan dan cuba memberi bantuan, bagaimanapun beliau pula menjadi mangsa apabila sebuah kereta melanggarnya menyebabkan dia mendapat cedera parah di bahagian kepala.
"Saya sedih kerana kali terakhir Allahyarham sempat bersama kami ialah pada majlis pertunangan ibu saudaranya hujung minggu lalu dan minggu ini kami terpaksa berpisah dengannya buat selama-lamanya,'' katanya selepas pengebumian jenazah Mohd Rozaidi di Tanah Perkuburan Surau Tambak, Kampung Pulau, dekat sini, semalam.
Turut menziarahi Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab Karim Sulaiman merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara.
Mustapa berkata, bapa mangsa yang sebelum ini bertugas di Pasukan Gerakan Am Batu 9, Cheras baru bersara dari pasukan itu dan berharap tradisi keluarga polis dapat diteruskan Allahyarham berikutan keluarga berkenaan sejak dari zaman datuknya juga adalah anggota polis.
Katanya, Mohd Ruzaini adalah anak kedua daripada empat beradik dan anak lelaki tunggal dalam keluarga berkenaan.
yg sedey nye. bru je die call aku. xsampai 12jam. aku ajak die g open house. die ngadu x g sembahyang jumaat. then die cakap xle join open house esok. sbb die ade kenduri. rupenye kenduri die. sgtla sedey.. die antara bdk kelas yang still contact aku. lelaki la..
Subscribe to:
Posts (Atom)